Sunday 5 April 2015

RESEPI KEK GULA HANGUS/ KEK SARANG LEBAH MENGGUNAKAN PEMANGGANG AJAIB

1 1/4 cawan gula halus
1 cawan air panas
125gm butter
4 bj telur A
1/4 cawan susu pekat manis
1 cawan tepung gandum
2 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu teh esen vanilla


CARA MASAK:
1. Mula-mula kita cairkan gula dahulu untuk membuat gula hangus.
boleh cairkan gula dalam pan leper. Ratakan gula dan biarkan gula mencair dengan api yang perlahan. Tidak perlu kacau sebab nanti ia berketul-ketul. Tapi pastikan api perlahan dan pastikan gula tidak hangus.
2. Bila gula dah cair barulah tuangkan air panas. Jika guna air panas dia kurang sedikit merecik berbanding air sejuk.
Bila dah cair sejukkan. Ita tunggu dia betul-betul sejuk dan mencapai suhu bilik.
3. Dalam bekas periuk kecil yang lain, Cairkan mentega
Kemudian sejukkan juga hingga mencapai suhu bilik
4. Bila mentega dan gula dah sejuk, barulah ita sediakan bahan yang lain.
5. Pecahkan telur dalam bekas dan kacau hingga telur cair dan rata, jangan pukul ya.. cuma kacau dengan senduk kayu hingga ia cair dan rata
6. Kemudian masukkan susu pekat. Susu ni juga biarkan ia pada suhu bilik ( bukan sejuk dari peti ais)
Kemudian kacau rata perlahan aje
7. Bila dah rata, masukkan mentega cair, dan kacau rata perlahan juga.
8. tambahkan esen vanilla. Kemudian ayakkan tepung dan soda
Kacau rata perlahan
9. Akhir sekali tuangkan gula hangus. Dan kacau rata.
10. Tuangkan di dalam PEMANGGANG AJAIB yang telah dioleskan butter.
Kemudian perap aduan ini 3 hingga 4 jam. Lagi lama perap lagi cantik lubang-lubangnya .
Ita letak atas meja aje... dan biarkan selama 5 jam
11.Bila dah 5 jam di perap barulah letakkan di atas api
12.45 minit tu kek memang dah masak dah.. kalau tak masak lagi panaskan semula.







No comments:

Post a Comment